Sejak disahkan mengandung pada bulan Mei 2011, minat untuk mengambil gambar tiba-tiba hilang, lebih-lebih lagi untuk mengambil gambar menggunakan DSLR. Walau bagaimanapun aktiviti di sekolah kebanyakannya memerlukan khidmat saya sebagai guru dokumentasi.
DSLR hanya saya bawa untuk majlis-majlis besar (itupun puas memujuk hati), manakala untuk majlis biasa, saya hanya gunakan kamera compact sahaja.
Setelah habis pantang bersalin dan Amar kini sudahpun berumur 9 bulan, mulalah rasa rindu untuk mengambil gambar dan dikongsikan di dalam blog ini. Insya Allah saya akan kembali mengambil gambar dan diharap blog ini akan aktif semula ;)
















