17 July, 2010

Belajar guna DSLR

Anda ada DSLR? Saya ada sebuah. Itupun masih belum sampai tahap mahir menggunakannya. Orang kata, baru berjinak2 dengan DSLR lah katakan. Zaman sekarang fotografi dah jadi satu hobi. Jalan2 ke mana sahaja mesti akan nampak seseorang membawa DSLR. 

Dulu, ayah saya pernah ada sebuah kedai gambar yang agak terkenal di kawasan kami. Mungkin darah yang mengalir dalam tubuh saya ni yang menjadi sebab mengapa saya terlalu suka mengambil gambar. Bak kata orang putih : "like father like daughter".  Bakat saya belum begitu menyerlah, sebab jarang digilap. Masih banyak perkara tentang fotografi yang perlu saya pelajari.

Sekarang ni suami saya pun dah mula berjinak2 dengan fotografi sejak bulan Mac 2010 lepas. Sila terjah ke blog LensaPujangga untuk melihat gambar2 yang beliau ambil.


1 comment:

  1. fotografi memang bez...hoho..tp belum cukup ilmu tuk DSLR.

    ReplyDelete