16 July, 2010

Tips asas fotografi : Rules of Third

Apa yang dimaksudkan dengan Rules Of Third

The Rule of Third is a compositional rule of thumb in visual arts such as painting, photography and design.The rule states that an image should be imagined as divided into nine equal parts by two equally-spaced horizontal lines and two equally-spaced vertical lines, and that important compositional elements should be placed along these lines or their intersections. Proponents of the technique claim that aligning a subject with these points creates more tension, energy and interest in the composition than simply centering the subject would. - Wikipedia

Cuba lihat Gambar 1 & Gambar 2 di bawah. Nampak tak perbezaannya? 


Gambar 1


Gambar 1 tu diambil di mana objeknya iaitu burung berada di tengah2.

Gambar 2

Gambar 2 pula menggunakan teknik Rules Of Third

Gambar 2 nampak lebih kreatif berbanding Gambar 1, kan?. Apa yang anda perlu lakukan ialah anda hanya perlu membayangkan ‘viewfinder‘ di kamera anda mempunyai garis grid 9 kotak seperti Gambar 1 & Gambar 2. Kemudian fokuskan subjek yang hendak anda ambil pada salah satu garis pertemuan pada garis grid itu. Biasanya kamera kamera digital mempunyai fungsi ‘auto fokus‘ yang akan memfokus subjek yang berada ditengah2. Cara anda untuk ambil gambar menggunakan teknik Rules Of Third adalah seperti berikut :

1. Fokuskan subjek yang hendak diambil ditengah ‘viewfinder‘. Kemudian tekan separuh butang ‘shutter’ dikamera yang digunakan. Kamera akan memfokus subjek yang hendak anda ambil.

2. Selepas itu (tanpa menekan habis atau melepaskan butang shutter kamera), ubah kedudukan subjek tadi dengan meletakkan subjekmengikuti teknik Rules Of Third.

3. Sesudah mendapat kedudukan Rules Of Third, tekan habis butang shutter kamera untuk ambil gambar subjek tersebut.


Gambar anak saya, Amir berjalan di Putrajaya

Apa kata lepas ni kita sama2 cuba praktikkan teknik Rules Of Third ni. 
Mesti gambar anda akan nampak lebih kreatif :)

0 comments:

Post a Comment