09 November, 2010

Fotografi : Bagaimana Menghasilkan Gambar Yang Menarik dan Bermakna

Tahukah anda bagaimana menghasilkan gambar yang menarik dan bermakna? Berikut sedikit tip fotografi untuk dikongsi bersama :
  • Mengambil gambar yang menarik dan bermakna bukan hanya nasib tetapi dihasilkan dengan cara yang dirancang.
  • Ambillah apa saja gambar yang anda rasa dan terlintas difikiran, dan BUKAN apa yang anda lihat atau fikir. Ini dinamakan ekspesi diri.
  • Mengambil gambar hanya perkara yang nampak menarik sahaja biasanya mendatangkan rasa buntu jika tiada perkara yang menarik berlaku.
  • Mengambil gambar sama seperti mengarang cerita. Keupayaan setiap orang mengarang cerita adalah berbeza dan mempunyai cara tersendiri.
  • Tidak perlu terikut-ikut cara orang lain, ikut cara sendiri dan yakin dengannya.
  • Ada orang yang memang mempunyai jiwa seni, ada juga yang kurang berseni.
  • Orang yang baru berjinak-jinak dengan fotografi lebih mementingkan kamera dan teknik-teknik fotografi.
  • Perlu fahami peraturan dan asas fotografi terlebih dahulu. Ini akan dapat menguatkan lagi maksud gambar yang diambil.
  • Kemahiran fotografi perlu diasah supaya mendapat identiti jurugambar yang tersendiri.
  • Berlatih dan terus berlatih menghasilkan gambar yang menarik dan bermakna.
Adakah gambar ini menarik dan bermakna?

** Entry ini terdapat juga di dalam blog Catatan Kehidupan Laili

1 comment:

  1. thanks akak :)
    for the info memang saya menunggu info seperti ini...

    ReplyDelete